Penghujung Hayat UMNO

Antara pelajar sekolah yang diupah bagi mengganggu ceramah Mohd Sabu.
P.Gudang:Sejak kebelakangan ini hampir setiap ceramah yang dianjur PAS kawasan P.Gudang berdepan dengan gangguan pemuda UMNO.Bagi sesetengah tempat dalam tanahair,ini mungkin perkara biasa.Provokasi mereka bermula dengan laporan polis kononya ceramah yang akan diadakan mengganggu ketenteraman awam.Tidak cukup dengan itu,program berkhatan beramai-ramai yang dianjur oleh PAS cawangan juga cuba disabotaj.Pendek kata apa sahaja yang dianjur oleh PAS walaupun baik untuk masyarakat,menjadi buruk dimata UMNO.Bagi PAS yang merupakan salah satu parti terbesar di Malaysia boleh menerima dalam kancah politik tanahair sedikit sebanyak berlaku pertembungan dengan UMNO adalah lumrah.
Malangnya tindakan yang diambil oleh UMNO telah membelakangkan akta dan hak yang telah dijamin dalam perlembagaan.Mereka sunggup mengupah pelajar sekolah dengan tujuan mengganggu ceramah dan seterusnya mengheret pelajar kepada budaya gangsterism.Sikap tidak bertanggungjawab ini hanya akan menaikkan graf masalah remaja dalam negara ini.Kita boleh terima jika UMNO mengguna pelajar dalam program riadah dan sebagainya tetapi melibatkan pelajar supaya ganggu ceramah sudah tentu akan melahirkan generasi samseng pada masa akan datang.Sepatutnya mereka diberi input yang lebih bermanafaat.Sikap yang tidak bertamadun ini akan membawa masyarakat Melayu ketinggalan kebelakang jika dibandingkan masyarakat lain.Seterusnya ia juga akan menjadi masalah kepada guru-guru disekolah dengan adanya pelajar yang telah didedahkan dengan suasana samseng diluar dan mereka akan menjadi lebih liar.Dengan kerja-kerja yang tidak bertanggungjawab dari UMNO/BN ini mereka sepatutnya dinyahkan dalam pilihanraya yang akan datang dengan tujuan menjaga kesetabilan negara.

1 comments Links to this post  

Program Berkhatan Beramai-ramai

Bdr.Seri Alam:PAS cawangan menganjurkan Program Berkhatan beramai-ramai di PASTI jalan Tasek 22 yang melibatkan seramai 20 peserta dari 6 hingga 10 tahun.Program dikendalikan oleh Klinik Rozikin bermula seawal 9.30 pagi.Tujuan program ini adalah untuk membantu golongan yang kurang berpendapatan.

0 comments Links to this post  

Jamuan Sambutan Idul Adha



<><>
Pengerusi Pusat Aduan Rakyat PAR sdr.Syed Othman antara yang turut hadir.


0 comments Links to this post  

Ibadah Korban Bdr Seri Alam


Sebahagian daging korban yang akan diagihkan


0 comments Links to this post  

Majlis Menjelang Ramadhan


Selain menerima bantuan hadirin juga dapat menikmati santapan rohani melalui tazkirah
Bdr.Seri Alam: 23 Jul.PAS cawangan telah menjayakan majlis bacaan Yasin dan Tahlil sempena menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba diperkarangan Pasti Al-Kauthar jalan Tasek.Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan Tahlil yang dipimpin oleh Imam Rashid,kemudiannya disusuli solat Isyak berjemaah dan solat hajat.Selain dengan jamuan,para hadirin juga telah disajikan dengan santapan rohani oleh Ust.Nasir.

0 comments Links to this post  

Karnival Jom Beli Sekolah Bdr.Seri Alam



Karaoke,antara gerai yang mendapat sambutan hangat.Kehadiran ibubapa pelajar menambah
kemeriahan.
Bdr Seri Alam:Hari Sabtu 16 Julai merupakan hujung minggu yang sibuk bagi beberapa buah sekolah sekitar Pasir Gudang.Pelbagai aktiviti yang tertunda pada mulanya, dijalankan termasuk sekolah menengah dan rendah di Bandar Seri Alam.Jika dilihat dari sambutan ibubapa pelajar sudah sepatutnya pihak sekolah diberi kredit atas usaha ini.Jumlah mereka yang hadir juga memberi kesan keatas kutipan wang hasil jualan kupon kepada murid.Moga hasil kutipan ini dapat dimanafaatkan oleh pihak sekolah.Guru yang terlibat juga dilihat seolah-olah tidak cukup tangan menguruskan jualan mereka.Rasanya berbaloi apa tidaknya sekitar jam 12.30 banyak jualan telah habis.
Murid riang berbelanja,bermain dan berkaraoke menikmati segala yang telah dihidangkan kepada mereka.Mungkin masa ini juga ibubapa yang hadir mengambil peluang meluangkan masa dengan anak-anak mereka.Walau bagaimana pun beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam menjayakan program khususnya untuk para pelajar.Mereka ini adalah golongan yang menerima pakai apa yang ditawarkan kepada mereka tanpa sebarang tapisan tambah lagi dari tempat yang mereka menimba ilmu.Kalau baik,baiklah jadinya.Kalau buruk maka buruklah jadinya.Pihak sekolah atau PIBG sepatutnya memperhalusi program yang hendak dijalankan agar dapat memberi kebaikan dan melahirkan pelajar yang hebat dimasa hadapan.
Ada baiknya penglibatan secara langsung murid-murid dalam mengendalikan gerai jualan atau hasil kerja mereka.Sebagai contoh,acara cabutan nombor bertuah sebenarnya hanya mendedahkan pelajar kepada tabiat berjudi.Maka terujalah murid dengan hadiah yang ditawarkan lalu membeli kupon sebanyak mungkin.Seperti karnival yang lepas disediakan Rumah Hantu yang berkesudahan melahirkan anak-anak yang penakut.Antara yang mendapat tempat dihati pengunjung adalah Karaoke.Menyanyilah tanpa mengira pitch yang lari baik lelakinya mahupun yang perempuan seolah-olah tidak terikat dengan mana-mana peraturan dan hukum.Berhibur tidak dilarang tetapi perlu ada batasannya.
Golongan pendidik perlu buang sikap acuh tak acuh dalam menjayakan sesuatu program dan perlu ada pelan jangka panjang bagi melahirkan generasi terbilang seterusnya dapat membendung masalah sosial didalam negara kita.

0 comments Links to this post  

Pemimpin Yang Patut Dipilih

Ibnu Khaldun membahagikan kepimpinan kepada 3 jenis:
i. Pemimpin yang menggunakan sistem rimba iaitu yang kuat menguasai yang lemah.
ii.Pemimpin yang menggunakan sistem perundangan dan perlembagaan yang dicipta manusia dengan  mengenepikan hukum Allah.Sistem ini pada permulaannya berjalan dengan baik tetapi lama kelamaannya menjadi rapuh satu persatu tanpa ada nilai kemanusiaan dan ketaatan pada sistem itu sendiri.Akhirnya mereka kembali mengguna sistem rimba yang bertopengkan sistem perundangan.
iii.Kepimpinan yang menggunakan sistem Islam berdasarkan wahyu Allah dalam mentadbir dunia demi mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.Inilah kepimpinan yang dtunggu tunggu kedatangannya.

0 comments Links to this post  

Presiden PAS Menyeru Semua Ahli PAS Dan Penyokong Menyertai Himpunan Bersih 2

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar datang ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bagi menyertai perhimpunan Bersih 2.0.
"Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil," kata Abdul Hadi dalam sidang media bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, sebentar tadi.
Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di Kuala Lumpur 9 Julai ini. Pengerusi Bersih 2.0 adalah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Srenevasan. Anggotanya terdiri daripada para pemimpin NG0, manakala PAS, PKR dan DAP menyokong perhimpunan itu.
Menurut Abdul Hadi, perhimpunan tersebut mempunyai tujuan yang amat murni dan perlu disokong oleh semua pihak serta dijamin aman sesuai dengan matlamatnya yang murni.
Sehubungan itu, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta setiap pihak yang menyertainya dilarang melakukan sebarang kekacauan, mengganggu ketenteraman awam dan kerosakan harta benda awam.
"Setiap ahli PAS yang menyertainya jangan sekali-kali membawa senjata. Saya juga suka mengingatkan ahli-ahli PAS agar jangan bermusuhan dengan pihak polis," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.
Sesuai dengan nama perhimpunan itu sendiri sebagai himpunan aman, sekiranya berlaku perkara tidak diingini dalam pehimpunan itu, ia bukanlah didatangkan oleh ahli-ahli PAS dan mereka yang menyertainya.
Sebaliknya, kejadian tersebut pasti dilakukan oleh pihak lain, termasuk oleh pihak Umno dan kerajaan BN, atau provokasi yang dilakukan oleh pihak polis sendiri seperti yang telah berlaku dalam siri perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini.
"Oleh itu yang perlu dikawal oleh pihak polis dalam perhimpunan itu adalah pihak-pihak yang membuat provokasi dan bukan polis sendiri yang membuat provokasi," tegasnya.
Umno dan Kerajaan BN, katanya, tidak perlu takut dengan perhimpunan tersebut kerana ia tidak sekali-kali terfokus kepada perkara-perkara tidak diingini, tetapi hanyalah terhadap pilihanraya di negara ini.
Pilihanraya di negara ini seperti yang diketahui umum tidak pernah berlangsung dengan bersih dan adil, tetapi penuh dengan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN yang memerintah menerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Keadaan yang sama turut dilakukan oleh Umno dan Kerajaan BN terhadap media, apabila media yang menyokongnya diberikan kebebasan untuk disebarkan dan dibaca secara meluas di segenap pelosok negara, tetapi media yang menyokong pembangkang atau PAS serta Pakatan Rakyat pula dihalang dengan pelbagai cara.
"Pilihanraya yang tidak bersih itu tidak boleh dibiarkan kerana ia pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat. Itulah yang perlu dibantah dan itulah matlamat Perhimpunan Bersih 2.0.
"Matlamat tersebut sememangnya sesuatu yang baik sebab itulah PAS menyokong langkah yang diadakan oleh Bersih untuk mengadakan perhimpunan itu bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil," katanya.
Pihak Umno dan Kerajaan BN, tegas beliau, perlu faham perkara itu dan tidak sepatutnya menghalang perhimpunan tersebut diadakan kerana ia juga pasti memberikan kesan yang positif kepada pihak pemerintah sendiri.
"Semua negara demokrasi yang maju di dunia ini tidak menghalang perhimpunan aman yang diadakan oleh rakyatnya. Malah ia akan dikawal dan diberikan kerjasama dengan baik oleh pihak keselamatan selagi perhimpunan itu tidak mengganggu ketenteraman awam.
"Malah di negara-negara demokrasi maju di dunia ini, pihak pemerintah sendiri turut mengambil manfaat dari demonstrasi aman yang diadakan bagi mendengar suara rakyat untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Umno dan Kerajaan BN juga sepatutnya bersikap seperti itu demi kepentingan negara," ujar beliau.
Mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa perhimpunan tersebut akan mengancam mata pencarian para peniaga dan mencemarkan imej negara di mata pelancong, beliau berkata, dakwaan tersebut ternyata tidak berasas, malah perhimpunan itu sendiri akan mendatangkan keuntungan yang besar kepada para peniaga.
"Mereka yang menyertai perhimpunan itu cukup besar jumlahnya dan mereka pasti akan berbelanja. Jadi, para peniaga sendiri pasti akan mendapat keuntungan besar dengan adanya perhimpunan itu.
"Manakala sepanjang perhimpunan diadakan pula, para pelancong asing pasti akan turut tertarik melihatnya kerana ia dilakukan dengan baik dan aman sehingga mereka sendiri akan kagum dengan keamanan di negara kita.
"Tetapi jika pihak polis sendiri yang membuat provokasi, suasana itu pasti berbeza. Jadi yang mengubah keadaan itu bukannya pihak penganjur dan pesertanya, tetapi pihak polis, pihak Umno dan pihak Kerajaan BN sendiri," tegas beliau.

0 comments Links to this post  

Sukaneka Muslimat Cawangan

Sukan yang pertama kali diadakan telah mendapat sambutan dari masyarakat setempat.
Peserta sedang tekun dalam acara mengkelem karipap tiruan.
Anak anak turut menjayakan acara yang telah disediakan untuk mereka.

0 comments Links to this post  

Mesyuarat Agung Kawasan 2011



 
Saf kepimpinan PAS kawasan (atas).Perwakilan dari cawangan dan dewan.
 Pasir Gudang: Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pasir Gudang yang ke-8 telah berlangsung pada 16 Apr 2011 di Li Garden Hotel Masai.Mesyuarat kali ini menyaksikan pertandingan disemua kerusi kecuali Yang Dipertua Kawasan Hj.Azhari Mohd apabila beliau telah diistiharkan menang tanpa bertanding.Persuruh Jaya PAS Negeri Dato Mahfuz Mohd yang merasmikan mesyuarat,antara lain menekankan tujuan utama bermesyuarat adalah untuk bermuhasabah diri bukan menuding jari mencari kesalahan orang selain mengerat silaturahim.

0 comments Links to this post